Sunday, December 6, 2009

Pelangi Selepas Hujan


Dikala susah banyak faktor yang akan kita persalahkan kan...

Erm tak apa tu kan lumrah sebagai manusia...


Let take a look for this phrase




" When its dark enough, you can see the stars - Charlesb A Board


Frasa ayat ini amat mudah dah simple dilihat , tetapi kalau diamati ada maksud yang tersilrat di sebaliknya itu."


okeylah saya berikan analogi ini bagi mudah anda fahami frasa tersebut.



Pernah kah anda lihat bintang yang kita pasangkan didalam bilik sebagai hiasan yang "glow in the dark". Bintang itu akan hanya bercahaya terang jika betul betul berada didalam keadaan yang sangat gelap. Maka bintang ini akan bercahaya bak bintang di langit yang gemerlapan.



  • Lihatlah gambar di atas

Jelas disitu anda perlukan gelap untuk melihat bintang bercahaya .Di waktu siang anda tidak akan dapat melihatnya.

Begitulah juga dengan kehidupan ini. Selepas melalui segala kelam dang gelap (ujian dari Allah" barulah dapat kita lihat apakah hikmah di sebalik kejadian. Semuanya yang istimewa hanya akan muncul selepas menempuh segala onak,duri dan ranjau perjalanan.

Jadi kawan kawan aku berpesan pada diri aku dan mungkin anda semua bahawa marilah kita sabar menerima ujian daripadaNYA . Kerana pasti ada bintang yang akan muncul menyinari kegelapan malam itu...


Wednesday, December 2, 2009

Cara untuk kenalpasti perangai kawan


Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

aKU dapat tahu cara ini pun dari hasil bacaan disebuah blog.

Apa yang boleh Aku katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?

Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.


Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.

Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.

Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka? ;)


Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.

Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.

Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.

Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

Sekian. Itulah apa yang diajar oleh abah saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana?

Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? Cubalah…. :)

how to make work going smoothy


TIPS/VOL 01/09

Tips ni pun aku amik dari blog orang...

as we know ramai dari kalangan kita yang tidak bijak dalam menguruskan masa

atau meguruskan KERJA...DIBAWAH ini ada 3 tips berguna yang mungkin boleh kita sama sama aplikasikan...jom baca

1. Duduk, Tulis & Atur (DTA)
Sebelum saya memulakan apa-apa tugasan atau kerja pada setiap hari, saya akan DUDUK di meja kerja saya, kemudian saya akan TULIS kan semua kerja yang perlu saya lakukan hari tu. Dan saya akan ATUR kan semua kerja-kerja saya tu dengan sebaik mungkin. Maksud ATUR di sini ialah, saya akan memikirkan langkah-langkah atau proses yang dapat saya buat bagi menjayakan sesuatu tugasan tersebut. Saya biasanya akan mencatatkan semua tugasan saya dan apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan di atas buku nota kecil saya. Dan saya akan bawa nota kecil saya tersebut ke mana-mana saja saya pergi supaya saya dapat merujuk pada nota tersebut pada bila-bila masa saja.

2. Tentukan Priority atau Keutamaan Tugas
Saya akan pastikan setiap tugasan atau kerja yang penting, saya letakkan pada nombor teratas senarai kerja saya. Mana-mana tugasan atau perkara yang memerlukan tindakan segera, maka saya akan utamakan untuk menyelesaikannya terlebih dahulu. Saya menyenaraikan keutamaan kerja saya berdasarkan faktor tanggungjawab, jangka masa dan matlamat tugasan tersebut. Antara faktor penting yang akan saya nilai dulu ialah, yang BERBALOI (pada pandangan saya) itulah yang menjadi keutamaan saya. Ini adalah untuk kebaikan saya juga. Saya akan pastikan setiap kerja yang saya akan lakukan, akan memberikan manfaat sepenuhnya kepada saya.

3. Tentukan deadline atau `tarikh akhir` pada setiap tugasan
Saya suka untuk tentukan deadline pada setiap tugasan yang akan saya lakukan. Pada saya, kita kena tentukan berapa lamakah masa yang akan kita ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kalau kita tak tetapkan, jawabnya akan banyaklah kerja kita menjadi tertangguh. Jadi, perkara ini sangat penting sebenarnya. Sebab jika kita tidak tentukan deadline kita sendiri, maka kita akan jadi terkejar-kejar dan rasa sangat tertekan. Jangan bergantung pada deadline yang orang lain tentukan. Kitalah yang sepatutnya lebih arif tentang masa kita. Jadi kenapa nak ikut deadline yang ditentukan oleh orang lain? Sejak saya mengamalkan teknik deadline sendiri ini, saya tidak lagi terkejar-kejar dan tertekan dengan tugasan yang saya perlu selesaikan.

POSITIVEKAN DIRI DITEMPAT KERJA

Petua Motivasi kerja - Mulakan dengan ceria!


Article ini aku pinjamkan dari sebuah blog tempatan ...

berkenaan suasana di tempat kerja....ini berikutan politik ditempat kerja adalah pelbagai

jika dilayan secara berterusan maka takkan habis..so jom positivekan diri dengan membaca article ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & saudara/i sekalian :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”

Mulakan kerja anda dengan ceria

Mulakan kerja anda dengan ceria

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.

Mari kita renung-renungkan perkara ini ;

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.

Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang

Wednesday, September 9, 2009

YAHOO!! dah abis

Erm yeyeye..my practical was finish already, same goes to my post prac...
ermm semester tujuh sudah pun melabuhkan tirainya hari ini......

EErmm just waiting for semester 8...(my last semester in UiTM shah Alam..amin)
semster 8 i though may challenge me alot becoz...a lot of assignment la kena buat..especially THESIS....arghh hampeh betuui...kenapa la kena ada benda yg menyusahkan ni..!!!buat kajian pun bukan org nak pakai sgt pun..(tu klau thesis hampeh la..)

Pejam celik pejam celik ..hampir 4 tahun aku abiskan masa di Shah Alam ni..
1 taun tadika 6 taun kat sekolah. rendah 5 taun sekolah menengah , setaun kat matrik....4 taun uitm ...semua sekali..17 taun blaja......huh!!! tempoh yg lama...
tapi apa kite kena remember learning process will not stop till die..

Apa apa pun..aku nk tutup cite version practikal dgan lafaz alhamdullilahh...kerana semuanya OK!!!!

Monday, September 7, 2009

berakhirnya praktikal

firstly..alhamdullilah
praktikal dah abis..3 bulan berlalu sekejap jer.
ermm byk dowh pengalaman yg aku dpt..owang English ckp learn through experience la .

mmg seronok dpt mengaja....

ermm abis je praktikal rasa bosan la plak ..bagi aku mmg heaven la zaman praktikal wALAUPUN kena bagun awal kan...

Sunday, July 26, 2009

Alhamdullilah aku masih bernyawa untuk terus mencoret di blog aku sendiri..
bacaso aku nk tulis ape saja yang aku nk tulis bagi panduan aku sendiri dan sesiapa yang sudi membaca...sapa x nk baca (ada aku kisahh..) ahahah

ermm sekarang ni kiteorg part 7 berada di separuh yang terakhir untuk sesi praktikal..
hati kian berat untuk melepaskan sekolahh....kerana akan rindulah kami dengan ucapan...
SELAMAT PAGI CIKGU.... CIKGU...CIKGU...

ermmm walaupun simple tapi amat bermakna kepada insan yang bernama guru..
but what to do...life must carry on ..usia makin menginjak ..so i have to matured...i have to...
bukan aku je..korg pun sama ja.....

kadang kadang...hidup kita kena ada satu arah dan tujuan agar we still on the trackk..kan..

DAlam dunia perguruan juga sebenarnya penuh dengan politik...its so suprising me...
kita ingat dunia politik sahaja politik..tapi begitu juga degan dunia perguruann

apa yang aku maksudkan...ermm tak perlu aku ulas panjang lebar kerana pandangan yang aku suarakan mungkin agak tidak sesuai untuk aku kongsikan sekarang atau secara umum...
cukup aku katakan...apa yang kita lakukan..ingtlah tuhan ...dan percaya pada hukum karma iaitu
WHAT U GIVE U WILL GET BACKK......

..Wassalam

Friday, July 17, 2009

NIKMAT JD CIKGU

huhuhu..tidak berasa sudah hampir separuh perjalanan aku menjadi cikgu..
dulu aku rasa bebann gile..tapi skang fuishh laen macam rasanya..

Setiap kali nk masuk kelas mmg rasa excited!!!! asyik dok tgk jadual waktu je..(poyo gile)
tapi tu la realitinya.,

sampai nk update blog pun x sempat lahh...

aku ngaja budak form 4 (kedua dua jurusan vocational)....paham paham je la cabaran dier..
tapi kekadang tu yg best tu...

aku dah buat survey ..bile praktikal nanti..sapa yg x mo jd ckgu pun akan switch perasaan depa nk jadi cikgu...

antara cabaran yg aku haddapii adalahh nk cakp keyy elll la..
kekdang naek terkeliat lidah aku ni..tp ape leh buat swallow la..

cikgu ni kire ibarat entetainer la dlm kelas..'kite kena jadi mcm mcm...
kekdang ustad...kekadang prof....kekadang bapak or mak depa...mcm mcm la..
creativity tu sgt diperlukan,,,ni disebabkan kite deal ngan manusia,,bukan machine beb,,'
kalau machine takpa la..set satu acuann....kluar seketui sketuii yg macam kita nk..

ni bdk bkd>>>. kita train jd bulat dia pi jd lonjong,,,itu lahh cabarannya,,
tapi takpa aku janji ngan diri aku akan perbaiki setiap hari ku...

bak satu mutiara kata ..BIASAKAN YANG BETUL..BETULKAN YG BIASA...
MajULAH cikgu dlm pembangunan negara,....

Sunday, June 21, 2009

SEMINGGU DI SEKOLAH

wow....!!! best la sebenarnye jadi cikgu..satisfication die lain macam skit...
fuh...nasib baik la aku dah dpt student yg underastanding..
ermm..tp cabaran dier still ader...dulu aku rasa mcm gelap jer dunia bile tahu dpt coz education namun kini semuanya sudah berubahh..ranting ranting kering sudah bertunass..dan hanya menunggu bunga utk bercambah,,,perghh puitis la plak..kan.

ermmm ape yg dpt di kon klu sinyer disinii adalahh...kerja yg aku buat skang niee seriiess bebb kerja yg agak murni la...feel nya bagai bermainan doh tanah liat..kite boleh bentuk tu bulat atau leper..semuanya ditgn kita..the power of the nation in teavher hand...of course la tuhan yg tentukan..kan..
ok la...running out of time...update g nanti

Thursday, June 11, 2009

KALAU DAH TAKDIR...

ermm this month aku jadi mcm sentimental skit...
byk lak nk buat luahan rasa...
WaLAUpun..aku dapat student the best among the worse but...itu lah cabaran actuaally...

Ermm..as a good teacher aku kena BUKTIkan yang aku lehh bantu diaorg atleastt jadi the very best of the worse kan...

alahh yg best tu pun bukan betul betul best kan....PROPA JER..hahah

Erm minggu depan ni kami sume akan menghadapi cabaran dgn Serentak...
HUKUM KARMA akan berlaku seadilnya.....

TERIMA jer la ngan hATi dan pANKreas yg terbuka...CITe pasal pankreass...takziah utk keluarga shukri hashimmm( alah pelakon tu la..)

APa APA pun....apa apa cite minggu depan aku update lagi...
ehh [pada kawan kawan yg ade cite pasal praktikal cite arrr!!!!

Monday, June 8, 2009

EDISI PRAKTIKAL..

.FUH..setelah 3 tahun lebey aku tunggu..masanya dah sampai....
kini aku sudehh bergelar sebagai guru sandaran.....ermm..disinilahh hukum karma akan terjadi..
arghhh....dup dup dup....ketaqq dowh....

ARi isnin atau semalam aku ngan beberapa yang lain pegi register kt Pen Kanan..how to said a....
kire best la gakk pengalaman lapor diri sebagai pekerja kan...erm....tapi...aku kena ajar sek teknik...(yg budak vocational nya ramai..) erm just imagine la..how nanti kan...

abihh jer lapor diri kiteorg pegi buat finger flex...yerla apa barang gune punch card lagi kan..
ADVANCE la gak sekolah yang aku dpaat...n satu berita baikk kiteorg ada possibility untuk dapat asrama...HARAP HARAP LA..abihh jimat kot...dpt tak dpat nanti aku akan update lagi k...

ermm...okla..nanti la aku tulis lagi...

Tuesday, May 19, 2009

GELOJOHHH LA ....


· Makan Dengan Perlahan


Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanan sebenarnya perkara yang baik.

tapi slalunya kita akan kata org tu lembapp...mcm siput...la...


Menurut kajian,bukan menurut tukang urut... salah satu sebab mengapa orang Perancis kurang mengalami masalah obesiti daripada orang Amerika ialah kerana mereka mengambil masa mengunyah makanan sebelum menelannya...bagai mana pulak ngan org malaysia...

erm...aku dah discover something through this article k.

Sunday, May 17, 2009

bersinnn..jgn di tahan tahan

Jangan Tahan Bersin


Kepantasan udara yang dilepaskan ketika bersin boleh mencapai 160 km/jam. Demikian menurut Dr. Mark Leyner dan Dr. Billy Goldberg dalam buku yang bertajuk Why Do Men Have Nipples? Hundreds of Questions You’d Only Ask A Doctor After Your Third Martini.
Perbuatan menahan bersin ini boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, hilang pendengaran, wajah bengkak sementara dan keretakan tulang rawan hidung. Oleh itu, jangan ditahan jika anda terasa ingin bersin.

BATOKK ADA HIKMAHNYA...



Seorang doktor di Poland mendakwa tindakan pesakit jantung melepaskan batuk sekuat mungkin apabila mengalai serangan penyakit itu boleh menyelamatkan nyawa mereka. Ini kerana perbuatan itu boleh mengepam darah pada seluruh badan dan otak pada saat-saat genting sementara menunggu ketibaan ambulan. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh tertentu membolehkan pesakit terus berada di dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

Tuesday, May 12, 2009

bagus untuk otakk



Tahukan anda bahawa buah-buahan seumpama bahan bakar bagi otak? Pengambilan buah-buahan yang kerap ternyata dapat memberikan impak positif kepada otak anda.
Ini kerana setiap buah-buahan mengandungi lebih dari satu jenis vitamin yang baik untuk membantu mempertingkatkan kecerdasan otak.


Otak akan lebih pantas bekerja terutamanya dalam mencari kembali maklumat atau memori lama yang diperlukan. Oleh itu, kanak-kanak yang ingin menduduki peperiksaan digalakkan mengambil buah-buahan dalam jumlah yang banyak dan kerap.

Monday, May 11, 2009

REHAT!!!


Okeyla sempena cuti mid sem ni...ada benda yg korg leh buat bagi merawat kulit yg kusam..aichehh


Jangan Lupa Istirahat

Tidur merupakan kaedah paling mudah merawat kulit. Ini kerana kulit berkeupayaan bertindak balas dengan vitamin secara langsung tanpa gangguan sebagaimana ketika anda sedang bekerja. Itulah sebabnya anda disarankan untuk membersihkan sisa-sisa solekan, sapukan sedikit penyegar dan disudahi dengan pemakaian krim malam pada muka dan losyen badan sebelum anda masuk tidur bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

Tidur sangat bagus untuk kesihatan kulit seseorang. Menurut Patricia Wexler MD yang merupakan seorang pembantu profesor di Albert Einstein College of Medicine New York, beliau menyatakan bahawa kulit seseorang akan kelihatan lebih cerah jika mempunyai istirahat yang cukup. Pada dasarnya, kulit tidak pernah beristirahat namun tahukah anada bahawa sel-sel kulit akan mula mengolah vitamin dan membuang racun yang ada dalam tubuh ketika anda tidur?


okey jOM tiDURRR...EHHEHEH

PETUA..(BAWANG PUTIH)


oKEy la..asyk kasi cite cite lawak jer..why not skang aku mula berkongsi info yg lebih useful ekk

Walaupun most of us mcm x suke bawang putih but u have to know that bende ni kire bagus gak for u health...meh baca meh......


Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin B1 dan vitamin C di samping beberapa jenis enzim.



  • Ia berpotensi bagi mencegah dan mengubati kanser. Penelitian juga menunjukkan bahawa kesan bawang putih terhadap enzim metabolisma bertindak sebagai antioksida dan pencegah tumor.

  • Bawang putih membantu menurunkan kadar lemak darah, mengurangi risiko sakit jantung, menurunkan hipertensi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membaiki sistem pencernaan.


SO cube cube la masukkan bawang putih dalam masakan anda...

SEMESTER BREAKKK



HEPI HOLIDAY TO ALL MY FRIENDS....
AND FOR ALL MY CLASSMATE BE PREPARE FOR OUR PRACTICAL..
HUH.....nervous dowh.....

ishh cuti kali ni jap jer..but is ok...just rasa excited gakkk ni nk jadi cikgu pelatih
eheheh...amacam la anak murid aku ek....

korg yg terbaca apa aku tuliss..kalau rasa teringin nk drop komen for suggestion on how to be good educator/teacher just drop ur comment...I'm really appreciate it

Sunday, May 10, 2009

TEKA TEKI LG...

Banyak -banyak binatang... binatang apa keluar haid..
jwpn:kura-kura... ala tu pun tak tahu... keluar HEAD..tak paham jugak.ala kepala le..

dlm banyak2 binatang... binatang apa yang bertelur dan beranak... kira 2 alam la niii..ha jwp2... siput babilaaaa... ye la siput bertelur babi beranak...

kalau anda ni semuanya pandaiii cuba teka,banyak2 sungai,sungai apa yang paling beratjawapannyer ialah Sungai Besi...

dalam banyak2 pokok,pokok apa yang baik hati?jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

ni ada satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin?huruf TA dan YA laa... .kan jadi TAYAR tu..

kasut apa yang paling keras?kasut batu... salah maa..kasut BATA laaa...

antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..ahh sape dapatjawapannyer ialah... huruf i ngan u lerr... heheheheee,nih antara pasangan bercinta lerr hehehe...
11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!"

.8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

Pantun menyakit kan atijerrr

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju lajuSampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggiSampai cucur atap
Cucur atap tak sedapCucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Sunday, April 19, 2009

GOOD LUCK FOR FINAL


AKU WISH SUME kawan kawan UiTM gud luck for korang punye Final...

Buat yang terbaik.. harap harapnye..

jgan tension tension...

aku ada lagi 2 final jer lagi kat uITM...
EHEHEH SOnoknye..... dah bole mula count down............

Sunday, April 5, 2009


Pak Pandir ni pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian...

lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...


Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?

"Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..


Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!

"Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir..

.Org Asli : "Lahupa itu berapa?

"Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

FIRST TIME PAK PANDIR NAIK KAPAL TERBANG



Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".

0 Komen »

Saturday, April 4, 2009

PANTUN ARI ARI


Hari-hari makan laksa

Sedapnya kuah ikan kelisa

Badan kuat serta perkasa

Selamat menyambut hari selasa


Menangkap ikan pakai bubu

Untuk hidangan nasi kerabu

Kenapa masih dalam kelambu

Ofis kau tutup ker hari rabu


Atas pokok ada penyegat

Anak kambing baunya hamis

Kenapa kau tak pernah ingat

Janji nak belanja aku hari khamis


Sudahkah anda tunaikan solat?

Solat wajib 2 rakaat

Bukannya apa cuma saje nak ingat

mana tau esk kiamat..selamat hari jumaat


Hari-hari minum air batu

minum sampai rahang kematu

tengah sibuk sangat ke tu?

Sampai tak ingat janji dating hari sabtu


MANa pegi pntun ari isnin n ahad???

suke ati la....aku mmg saje nk buat dari ari selasa sampaii jumaat la..eehehe'

Sunday, March 15, 2009

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Saturday, March 7, 2009

sEEKOR binantang dari neraka...

syAssalamualaikum..

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.

' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
.Kelima, orang yang suka minum arak.'.

.sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

KESIAN KAT DOKTOR......


Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.


Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.


Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya."Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor."Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu."Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu."Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu."Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul…

PACI (7 MAC 2008)

oKEY...
skUNK ni aKU RAse Mcm Nk mULE mENULIS soMETHIng abOUt my Rutin just for my SElf...

eRMM hari nI meMG bORIng gile..sO sskUNG ni AKU tgh nK REview bende APa yg aku buat selama Beberapa BUlan keBELAKNGAN ni.....yg Menyebabkan AKU bz nk MAMPUSS...

1) akU BUat trip ke SINGAPORE....
-TRIP ni hya RM 145 ...sape berminat leh contact aku ....trip after final ni....
2) Buka kedai runcit..( tapi jap jer cozz penat sgt la...)
3) Buka gerai kat fakulti ( sampai la skunk ni..still open..)
- pengalaman bukak kedai ni mmg best...nasi lemak yg kiteorg jual ni..punye le sedap sampai
dapat permintaan dekan...eheheh...
4) Jual Cd anime ke, cite episod ke, series japan, english or korean ade jer..
kalau korg berminat leh la helo aku jgek..
5) Assignment sem ni mmg byk nk mampuss...ni la natijah tak byk final paper...
tiap tiap ari ade je kena present..... huh...tapi okeyla...

Sunday, February 1, 2009

ZOOM PULAU SENTOSA


YG NI SUASANA DI PANTAI PULAU SENTOSA...DAMAI SIAL...
NI la suasana dlam 4D

ni la ludge yg aku kata tu....

nie la sedikit ssisipan pulau sentosa
ni la lif chair tu
HA....kat sini mmg best gila...kalau spend byk duit pun rasaa berbaloii...mcm mcm ada...pulau ni kire pulau keriangan la...byk bende bende yg diorg ada kat sini..butterfly park..dolphine lagoon..

yg aku sempat masuk adalah 4D dier..mmg gempk ...mcm real la..kalau tgk..dier cite pasal pirates...ade effect kena sembur air la..ada effect mcm kena tumbuk n mcm mcm lagi..mmg best..masuk dier ialah 18 dolar..tapi kiteirg dpt diskaun 15 dolar...tp mmg susah nak dpt kat msia 4d ni...

abis je tgk 4D .KITEOrg naik ludge pulau..die kire pemainan mcm go cart...tapi die turun curam bukit...mmg pengalaman yg mengujakan...harga die hanya 10 dolar...abis naik go cart tuu ..die kasi naik mcm lif chair la..kire sekali pakcage la..

kalau ssape yg ade duit lebih leh la naik papa lion..dier kire monemen merlion yg terbesarr la..
tak pun naik skytower..kedua dua bende alah ni kire utk tgk view of sentosa island la..

jalan punya jalan dah malam....kalau korg tgk view waktu mlm dier cun siot..ngan lampu nion bewarna warni..kebetulan waktu tu kan flower festival...kire mmg cntikla pulau sentosa..
malam tu kiteorg spend utk tangkap gamba..bersiar siar dan tgk song of the sea,,,,
song of the sea ni mmg cantikkkk yg amat..korg bygkn la elemen air dan chaya disatukan bagi emmbentuk image kartun dan kire macam short teater di tepi pantai....
mmg susah nk cite keseronakkannye la...korg mmg kena try ...masuk dah la 8 dolar ajer..

dlam pukul 11 lebey kiterorg bertolak balik ke masia...b4 tu kiteorg singgah g ke danga bay..utk makan n sembhyang....

semua pengalaamn yang seronok ni hanya bernilai RM 145 JER...TERMASUK ngan group pasportt dan makanan...mmg berbaloii...tunggu apa lagi jom join...

dah penat kat china town ..bas rombongan bawa lagi kiteorg pegi singgah kat kpg gelam..
kt sini mamng port melayu kat singapore...kt sini la ada nye masjid kpg gelam..asalnya masjid ni ialah istana sultan johor...tp pemerintah telah menjadikannya masjid...after sembahyang kat sini..kmi terus serbu cr makan kat kpg gelam.kami juga sultan retoran ..apa lagi terus kami cuba nasi beriyani dier..leh tahan la sedapnya harga nya pula DOLAR SINGAPORE 5...kire ok la kan..
kat sini juga jgn lepaskn peluang utuk beli brg cenderahati lg....pashmina kat sini murah...
kat sebelah ngan kapg gelam korg leh pegi arabic street.kt situ pelbagai jenis fabrik yng dihimpun dari seluruh dunia ada jual disini....kire byk lagi la kalau nk cita....habis jer ronda lebih kurang 2 jam kami bergerak ke pulau keriangan pulAU S entoSA

next kiteorg singah kat satu factory ..name die tak ingt ...tapi yg ingat die punya building warna biru..kt situ kiteorg bole la beli keychain or survinour...harga die mahal skit...kiteorg spend masa jap je kat situ,,, than kiteorg bertolak ke china town...kat sini tempat lepak cina cina pencenn..diaorg diberi elaun..so tak heran la belambak cine cine tua yg lepak kt situ...

china town ni popular dgn tempat utk beli barang...die kire ala ala petaling street la..kt sini keychain n survinour mmg murah gile...

COOL PROMOTION TO SINGAPORE

hye...sekali lg promosi ke singapura...
last january on 23 of January kiteorg dah pegi trip singapore yang pertama...
so ...trip tu kire success la...byk tempT Yg kiteorg pegi..ANTRnya...

Merlion city.....nie tempT NYER..kat sini kiteorg ambik masa lebih kurNG 30 minit
monumen merlion ni sebenarnye hasil campuran mermaid dan lion..so tu la pasalnye nama tempat ni merlion....monumen ni terletak di pesisiran sg singpore kot..kat situ jugak terletaknye explanate part...yg bngunan duri duri tu....or singaporian called as bagunan durian....kat sg tu jugak ada cruise yg bawa pelancong utk melihat kota singa tersebut...

jom guna pensil box ni...

RM 10.90
RM 12.90
RM 12
RM 12
RM 12
RM 12

MONKEY PENCEL BOX

RM 15
RM 12

Thursday, January 22, 2009

HALLO

OK LA skang ni aku nak buat luahan utuk save gaza....
jom la member menber kita booikot product that produce by america that will contribute to israel...

so jgn la makan mcd,guna colgate lepak or makan di star buck kfc ,coke espicially
and etc...korg kena update bende bende tu...
plzla supportd

Friday, January 9, 2009

trip to singapore


hallo....

ermm aku just nk cite skit pasai trip ke singapore

murah ja 145 ringgit...sapa sapa yg berminat leh la msg aku kat fazirul87@yahoo.com
trip ni aku sure la berbaloiii weii...
bile lagi nk jln ke oversea ngan bajet murah kan..
antr tempt yg kita p adalah.....

merlion city
esplanet park
arabic street
kampung gelam
china town
orchid road
pulau sentosa...

kire byk la gakk

sehari di singapore la kire

pasai pasportt takyah risau..kiteorg buat group pasport...sekali nagn kos 145....
x cukup ngan tu breakfast lg diprovidekan...
mau lagi....ok kita akan bagi air kotak ngan roti petang tu...

abis trip tu kita akan lepak kat danga bay....

huh..tak larat nk cita la..klau nk tau maklumat lanjut ..contact la aku.. k..

Saturday, January 3, 2009

2009 is coming


ermm..assalammualaikum..
dgn gumbirenye aku nk ucapkan kpd sume heepi new year n tak dilupakan slmat menyambut maal hijrah..eheheh...

first sekali aku harap harap ekonomi pulih sgt sgt..becoz aku survey di semua supermarket harga barang terus melambong naik...uishh extream gak tgk..

kedua...arap arap paklahhh cepat pencen..opss..sensatif lak..

yang ketiga aku harap 2009 can give me alot of business oppurtinity..so sapa yg minat bisness helo helo la aku...kalau sembg bab bisness 5 jam pun x pa...

okla...lagi byk aku dok manaip lagi merapu..cukupla ek..