Tuesday, May 19, 2009

GELOJOHHH LA ....


· Makan Dengan Perlahan


Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanan sebenarnya perkara yang baik.

tapi slalunya kita akan kata org tu lembapp...mcm siput...la...


Menurut kajian,bukan menurut tukang urut... salah satu sebab mengapa orang Perancis kurang mengalami masalah obesiti daripada orang Amerika ialah kerana mereka mengambil masa mengunyah makanan sebelum menelannya...bagai mana pulak ngan org malaysia...

erm...aku dah discover something through this article k.

Sunday, May 17, 2009

bersinnn..jgn di tahan tahan

Jangan Tahan Bersin


Kepantasan udara yang dilepaskan ketika bersin boleh mencapai 160 km/jam. Demikian menurut Dr. Mark Leyner dan Dr. Billy Goldberg dalam buku yang bertajuk Why Do Men Have Nipples? Hundreds of Questions You’d Only Ask A Doctor After Your Third Martini.
Perbuatan menahan bersin ini boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, hilang pendengaran, wajah bengkak sementara dan keretakan tulang rawan hidung. Oleh itu, jangan ditahan jika anda terasa ingin bersin.

BATOKK ADA HIKMAHNYA...



Seorang doktor di Poland mendakwa tindakan pesakit jantung melepaskan batuk sekuat mungkin apabila mengalai serangan penyakit itu boleh menyelamatkan nyawa mereka. Ini kerana perbuatan itu boleh mengepam darah pada seluruh badan dan otak pada saat-saat genting sementara menunggu ketibaan ambulan. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh tertentu membolehkan pesakit terus berada di dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

Tuesday, May 12, 2009

bagus untuk otakk



Tahukan anda bahawa buah-buahan seumpama bahan bakar bagi otak? Pengambilan buah-buahan yang kerap ternyata dapat memberikan impak positif kepada otak anda.
Ini kerana setiap buah-buahan mengandungi lebih dari satu jenis vitamin yang baik untuk membantu mempertingkatkan kecerdasan otak.


Otak akan lebih pantas bekerja terutamanya dalam mencari kembali maklumat atau memori lama yang diperlukan. Oleh itu, kanak-kanak yang ingin menduduki peperiksaan digalakkan mengambil buah-buahan dalam jumlah yang banyak dan kerap.

Monday, May 11, 2009

REHAT!!!


Okeyla sempena cuti mid sem ni...ada benda yg korg leh buat bagi merawat kulit yg kusam..aichehh


Jangan Lupa Istirahat

Tidur merupakan kaedah paling mudah merawat kulit. Ini kerana kulit berkeupayaan bertindak balas dengan vitamin secara langsung tanpa gangguan sebagaimana ketika anda sedang bekerja. Itulah sebabnya anda disarankan untuk membersihkan sisa-sisa solekan, sapukan sedikit penyegar dan disudahi dengan pemakaian krim malam pada muka dan losyen badan sebelum anda masuk tidur bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

Tidur sangat bagus untuk kesihatan kulit seseorang. Menurut Patricia Wexler MD yang merupakan seorang pembantu profesor di Albert Einstein College of Medicine New York, beliau menyatakan bahawa kulit seseorang akan kelihatan lebih cerah jika mempunyai istirahat yang cukup. Pada dasarnya, kulit tidak pernah beristirahat namun tahukah anada bahawa sel-sel kulit akan mula mengolah vitamin dan membuang racun yang ada dalam tubuh ketika anda tidur?


okey jOM tiDURRR...EHHEHEH

PETUA..(BAWANG PUTIH)


oKEy la..asyk kasi cite cite lawak jer..why not skang aku mula berkongsi info yg lebih useful ekk

Walaupun most of us mcm x suke bawang putih but u have to know that bende ni kire bagus gak for u health...meh baca meh......


Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin B1 dan vitamin C di samping beberapa jenis enzim.



  • Ia berpotensi bagi mencegah dan mengubati kanser. Penelitian juga menunjukkan bahawa kesan bawang putih terhadap enzim metabolisma bertindak sebagai antioksida dan pencegah tumor.

  • Bawang putih membantu menurunkan kadar lemak darah, mengurangi risiko sakit jantung, menurunkan hipertensi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membaiki sistem pencernaan.


SO cube cube la masukkan bawang putih dalam masakan anda...

SEMESTER BREAKKK



HEPI HOLIDAY TO ALL MY FRIENDS....
AND FOR ALL MY CLASSMATE BE PREPARE FOR OUR PRACTICAL..
HUH.....nervous dowh.....

ishh cuti kali ni jap jer..but is ok...just rasa excited gakkk ni nk jadi cikgu pelatih
eheheh...amacam la anak murid aku ek....

korg yg terbaca apa aku tuliss..kalau rasa teringin nk drop komen for suggestion on how to be good educator/teacher just drop ur comment...I'm really appreciate it

Sunday, May 10, 2009

TEKA TEKI LG...

Banyak -banyak binatang... binatang apa keluar haid..
jwpn:kura-kura... ala tu pun tak tahu... keluar HEAD..tak paham jugak.ala kepala le..

dlm banyak2 binatang... binatang apa yang bertelur dan beranak... kira 2 alam la niii..ha jwp2... siput babilaaaa... ye la siput bertelur babi beranak...

kalau anda ni semuanya pandaiii cuba teka,banyak2 sungai,sungai apa yang paling beratjawapannyer ialah Sungai Besi...

dalam banyak2 pokok,pokok apa yang baik hati?jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

ni ada satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin?huruf TA dan YA laa... .kan jadi TAYAR tu..

kasut apa yang paling keras?kasut batu... salah maa..kasut BATA laaa...

antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..ahh sape dapatjawapannyer ialah... huruf i ngan u lerr... heheheheee,nih antara pasangan bercinta lerr hehehe...
11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!"

.8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

Pantun menyakit kan atijerrr

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju lajuSampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggiSampai cucur atap
Cucur atap tak sedapCucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap