Monday, May 11, 2009

REHAT!!!


Okeyla sempena cuti mid sem ni...ada benda yg korg leh buat bagi merawat kulit yg kusam..aichehh


Jangan Lupa Istirahat

Tidur merupakan kaedah paling mudah merawat kulit. Ini kerana kulit berkeupayaan bertindak balas dengan vitamin secara langsung tanpa gangguan sebagaimana ketika anda sedang bekerja. Itulah sebabnya anda disarankan untuk membersihkan sisa-sisa solekan, sapukan sedikit penyegar dan disudahi dengan pemakaian krim malam pada muka dan losyen badan sebelum anda masuk tidur bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

Tidur sangat bagus untuk kesihatan kulit seseorang. Menurut Patricia Wexler MD yang merupakan seorang pembantu profesor di Albert Einstein College of Medicine New York, beliau menyatakan bahawa kulit seseorang akan kelihatan lebih cerah jika mempunyai istirahat yang cukup. Pada dasarnya, kulit tidak pernah beristirahat namun tahukah anada bahawa sel-sel kulit akan mula mengolah vitamin dan membuang racun yang ada dalam tubuh ketika anda tidur?


okey jOM tiDURRR...EHHEHEH

No comments:

Post a Comment