Sunday, December 6, 2009

Pelangi Selepas Hujan


Dikala susah banyak faktor yang akan kita persalahkan kan...

Erm tak apa tu kan lumrah sebagai manusia...


Let take a look for this phrase




" When its dark enough, you can see the stars - Charlesb A Board


Frasa ayat ini amat mudah dah simple dilihat , tetapi kalau diamati ada maksud yang tersilrat di sebaliknya itu."


okeylah saya berikan analogi ini bagi mudah anda fahami frasa tersebut.



Pernah kah anda lihat bintang yang kita pasangkan didalam bilik sebagai hiasan yang "glow in the dark". Bintang itu akan hanya bercahaya terang jika betul betul berada didalam keadaan yang sangat gelap. Maka bintang ini akan bercahaya bak bintang di langit yang gemerlapan.



  • Lihatlah gambar di atas

Jelas disitu anda perlukan gelap untuk melihat bintang bercahaya .Di waktu siang anda tidak akan dapat melihatnya.

Begitulah juga dengan kehidupan ini. Selepas melalui segala kelam dang gelap (ujian dari Allah" barulah dapat kita lihat apakah hikmah di sebalik kejadian. Semuanya yang istimewa hanya akan muncul selepas menempuh segala onak,duri dan ranjau perjalanan.

Jadi kawan kawan aku berpesan pada diri aku dan mungkin anda semua bahawa marilah kita sabar menerima ujian daripadaNYA . Kerana pasti ada bintang yang akan muncul menyinari kegelapan malam itu...


Wednesday, December 2, 2009

Cara untuk kenalpasti perangai kawan


Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

aKU dapat tahu cara ini pun dari hasil bacaan disebuah blog.

Apa yang boleh Aku katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?

Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.


Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.

Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.

Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka? ;)


Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.

Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.

Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.

Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

Sekian. Itulah apa yang diajar oleh abah saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana?

Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? Cubalah…. :)

how to make work going smoothy


TIPS/VOL 01/09

Tips ni pun aku amik dari blog orang...

as we know ramai dari kalangan kita yang tidak bijak dalam menguruskan masa

atau meguruskan KERJA...DIBAWAH ini ada 3 tips berguna yang mungkin boleh kita sama sama aplikasikan...jom baca

1. Duduk, Tulis & Atur (DTA)
Sebelum saya memulakan apa-apa tugasan atau kerja pada setiap hari, saya akan DUDUK di meja kerja saya, kemudian saya akan TULIS kan semua kerja yang perlu saya lakukan hari tu. Dan saya akan ATUR kan semua kerja-kerja saya tu dengan sebaik mungkin. Maksud ATUR di sini ialah, saya akan memikirkan langkah-langkah atau proses yang dapat saya buat bagi menjayakan sesuatu tugasan tersebut. Saya biasanya akan mencatatkan semua tugasan saya dan apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan di atas buku nota kecil saya. Dan saya akan bawa nota kecil saya tersebut ke mana-mana saja saya pergi supaya saya dapat merujuk pada nota tersebut pada bila-bila masa saja.

2. Tentukan Priority atau Keutamaan Tugas
Saya akan pastikan setiap tugasan atau kerja yang penting, saya letakkan pada nombor teratas senarai kerja saya. Mana-mana tugasan atau perkara yang memerlukan tindakan segera, maka saya akan utamakan untuk menyelesaikannya terlebih dahulu. Saya menyenaraikan keutamaan kerja saya berdasarkan faktor tanggungjawab, jangka masa dan matlamat tugasan tersebut. Antara faktor penting yang akan saya nilai dulu ialah, yang BERBALOI (pada pandangan saya) itulah yang menjadi keutamaan saya. Ini adalah untuk kebaikan saya juga. Saya akan pastikan setiap kerja yang saya akan lakukan, akan memberikan manfaat sepenuhnya kepada saya.

3. Tentukan deadline atau `tarikh akhir` pada setiap tugasan
Saya suka untuk tentukan deadline pada setiap tugasan yang akan saya lakukan. Pada saya, kita kena tentukan berapa lamakah masa yang akan kita ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kalau kita tak tetapkan, jawabnya akan banyaklah kerja kita menjadi tertangguh. Jadi, perkara ini sangat penting sebenarnya. Sebab jika kita tidak tentukan deadline kita sendiri, maka kita akan jadi terkejar-kejar dan rasa sangat tertekan. Jangan bergantung pada deadline yang orang lain tentukan. Kitalah yang sepatutnya lebih arif tentang masa kita. Jadi kenapa nak ikut deadline yang ditentukan oleh orang lain? Sejak saya mengamalkan teknik deadline sendiri ini, saya tidak lagi terkejar-kejar dan tertekan dengan tugasan yang saya perlu selesaikan.

POSITIVEKAN DIRI DITEMPAT KERJA

Petua Motivasi kerja - Mulakan dengan ceria!


Article ini aku pinjamkan dari sebuah blog tempatan ...

berkenaan suasana di tempat kerja....ini berikutan politik ditempat kerja adalah pelbagai

jika dilayan secara berterusan maka takkan habis..so jom positivekan diri dengan membaca article ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & saudara/i sekalian :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”

Mulakan kerja anda dengan ceria

Mulakan kerja anda dengan ceria

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.

Mari kita renung-renungkan perkara ini ;

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.

Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang