Monday, April 19, 2010

AGAinn makanan sedap di dunia



LOKASI : SACC SHAH ALAM
ermm ni punya popia mmg marvelouss
inti dia mmg freshhh..sengkuang n taugeh digunakan mmg freshhh
yang menyedapkan lagi adalah telur puting yg digoreng garing diletakkan sbgai inti
xcukup ngan tu. ..dipadankan lagi ngah kuah ni yg MMG Yummmy habiss..
harga dia RM 3.30 macam tu la..dia ada byk jenis...jom cube


LOKASI :ALI CORNER seksyen 2

Takua atau nama glamour dia TAHU bakar
ermmm tauhu bakar yang sedap adalah bergantung pada kuah dan kesegaran timun dlam nya
untuk takua ni mmg boleh dicop sbgai GRED A -...not bad weiii
yg bestt sebab ada sotong bakaqq lagii...
harga dalam RM 3 jer..

Sunday, April 18, 2010

REVIEW BACK!!!

LOKASI: bERHADAPAN dgn sunway piramid dkat ngan OLDtown white coffea
Kepada penggemar makanan pedaihh..ni mmg aku recommend...ayam penyet dia, udang penyet and lulu penyett (lulu=ikan keli)...mmg POWER 100 watt punya pedaihhh
habis perut perut kiteorg disakitii malam tu..but x cirit pun..

herba herba yang digunakan dlm ramuan masakan dia mmg ORI lahh..
gile korg tgk je la cara dia hidangkan dgn daun pisang Bagai..
most recommend is dia punya GADO GADO
kuah dia enak bangattt!!!
harga GADO GADO RM 4.50
AYAM/UDANG/LELE PENYET ~ lebih kurg RM 8.00

'


korg leh try kat Kedai KOPI 1, dekat ngan Dataran Shah Alam...
ermm NIe la Chichken chop yang Terrrrsedap aku rasa EVER...
source dia dikatakan home made..tp mmg feel la souce dia...perghh ckp lu
masam dia, pedas dia sume well blended...
ISI ayam dia???? PERG.. gebu kot..tebal and tidak oily sgt, mungkin kesan gorengan yang hebat iaitu menggunakan kaedah deep fried
harga lebey kurang dlm RM 13 ++


ayaq nie bole didapati di SS2 , murni
Rasa dia mmg PuaSSSS!!!.. ICE dia diblended....
Isi dalamnya pulak .mcm mcm...antaranya koko jeli+buah buahan




PI la tryyyy!!!!!! mmg puas hati kot...
the bestt jjer aku recoommend k..
kredit to Ecah punya gambaqq:

IM BACK


Erm Im back!!!

lama dah~~~ aku x menulis la..suddently aku rasa mcm nk mula menulis
mungkin segala kebizian yang dulu memerangkap aku sudah takde.....

ermm skang ni sume kwn kwn aku dlm mood sem last..Gile KO..4 tahun kot satu kelas!!
tapi nk buat camna standard la...lepas bertemu pastinya berpisahh...setiap yg hidup pasti akan mati..

dalam kesibukan semua org dok feeling feeling..aku dan beberapa jentera kwn kwn...sibuk mengeledahh kwns kwsan yang mempunyai makanan sedap sedapp..mmg berbaloi baloiii

OKLA..tgk la kalau ada masa aku upload gamba makanan yang sempat kami cuba...

Sunday, December 6, 2009

Pelangi Selepas Hujan


Dikala susah banyak faktor yang akan kita persalahkan kan...

Erm tak apa tu kan lumrah sebagai manusia...


Let take a look for this phrase




" When its dark enough, you can see the stars - Charlesb A Board


Frasa ayat ini amat mudah dah simple dilihat , tetapi kalau diamati ada maksud yang tersilrat di sebaliknya itu."


okeylah saya berikan analogi ini bagi mudah anda fahami frasa tersebut.



Pernah kah anda lihat bintang yang kita pasangkan didalam bilik sebagai hiasan yang "glow in the dark". Bintang itu akan hanya bercahaya terang jika betul betul berada didalam keadaan yang sangat gelap. Maka bintang ini akan bercahaya bak bintang di langit yang gemerlapan.



  • Lihatlah gambar di atas

Jelas disitu anda perlukan gelap untuk melihat bintang bercahaya .Di waktu siang anda tidak akan dapat melihatnya.

Begitulah juga dengan kehidupan ini. Selepas melalui segala kelam dang gelap (ujian dari Allah" barulah dapat kita lihat apakah hikmah di sebalik kejadian. Semuanya yang istimewa hanya akan muncul selepas menempuh segala onak,duri dan ranjau perjalanan.

Jadi kawan kawan aku berpesan pada diri aku dan mungkin anda semua bahawa marilah kita sabar menerima ujian daripadaNYA . Kerana pasti ada bintang yang akan muncul menyinari kegelapan malam itu...


Wednesday, December 2, 2009

Cara untuk kenalpasti perangai kawan


Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

aKU dapat tahu cara ini pun dari hasil bacaan disebuah blog.

Apa yang boleh Aku katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?

Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.


Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.

Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.

Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka? ;)


Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.

Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.

Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.

Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

Sekian. Itulah apa yang diajar oleh abah saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana?

Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? Cubalah…. :)

how to make work going smoothy


TIPS/VOL 01/09

Tips ni pun aku amik dari blog orang...

as we know ramai dari kalangan kita yang tidak bijak dalam menguruskan masa

atau meguruskan KERJA...DIBAWAH ini ada 3 tips berguna yang mungkin boleh kita sama sama aplikasikan...jom baca

1. Duduk, Tulis & Atur (DTA)
Sebelum saya memulakan apa-apa tugasan atau kerja pada setiap hari, saya akan DUDUK di meja kerja saya, kemudian saya akan TULIS kan semua kerja yang perlu saya lakukan hari tu. Dan saya akan ATUR kan semua kerja-kerja saya tu dengan sebaik mungkin. Maksud ATUR di sini ialah, saya akan memikirkan langkah-langkah atau proses yang dapat saya buat bagi menjayakan sesuatu tugasan tersebut. Saya biasanya akan mencatatkan semua tugasan saya dan apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan di atas buku nota kecil saya. Dan saya akan bawa nota kecil saya tersebut ke mana-mana saja saya pergi supaya saya dapat merujuk pada nota tersebut pada bila-bila masa saja.

2. Tentukan Priority atau Keutamaan Tugas
Saya akan pastikan setiap tugasan atau kerja yang penting, saya letakkan pada nombor teratas senarai kerja saya. Mana-mana tugasan atau perkara yang memerlukan tindakan segera, maka saya akan utamakan untuk menyelesaikannya terlebih dahulu. Saya menyenaraikan keutamaan kerja saya berdasarkan faktor tanggungjawab, jangka masa dan matlamat tugasan tersebut. Antara faktor penting yang akan saya nilai dulu ialah, yang BERBALOI (pada pandangan saya) itulah yang menjadi keutamaan saya. Ini adalah untuk kebaikan saya juga. Saya akan pastikan setiap kerja yang saya akan lakukan, akan memberikan manfaat sepenuhnya kepada saya.

3. Tentukan deadline atau `tarikh akhir` pada setiap tugasan
Saya suka untuk tentukan deadline pada setiap tugasan yang akan saya lakukan. Pada saya, kita kena tentukan berapa lamakah masa yang akan kita ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kalau kita tak tetapkan, jawabnya akan banyaklah kerja kita menjadi tertangguh. Jadi, perkara ini sangat penting sebenarnya. Sebab jika kita tidak tentukan deadline kita sendiri, maka kita akan jadi terkejar-kejar dan rasa sangat tertekan. Jangan bergantung pada deadline yang orang lain tentukan. Kitalah yang sepatutnya lebih arif tentang masa kita. Jadi kenapa nak ikut deadline yang ditentukan oleh orang lain? Sejak saya mengamalkan teknik deadline sendiri ini, saya tidak lagi terkejar-kejar dan tertekan dengan tugasan yang saya perlu selesaikan.

POSITIVEKAN DIRI DITEMPAT KERJA

Petua Motivasi kerja - Mulakan dengan ceria!


Article ini aku pinjamkan dari sebuah blog tempatan ...

berkenaan suasana di tempat kerja....ini berikutan politik ditempat kerja adalah pelbagai

jika dilayan secara berterusan maka takkan habis..so jom positivekan diri dengan membaca article ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & saudara/i sekalian :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”

Mulakan kerja anda dengan ceria

Mulakan kerja anda dengan ceria

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.

Mari kita renung-renungkan perkara ini ;

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.

Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang

Wednesday, September 9, 2009

YAHOO!! dah abis

Erm yeyeye..my practical was finish already, same goes to my post prac...
ermm semester tujuh sudah pun melabuhkan tirainya hari ini......

EErmm just waiting for semester 8...(my last semester in UiTM shah Alam..amin)
semster 8 i though may challenge me alot becoz...a lot of assignment la kena buat..especially THESIS....arghh hampeh betuui...kenapa la kena ada benda yg menyusahkan ni..!!!buat kajian pun bukan org nak pakai sgt pun..(tu klau thesis hampeh la..)

Pejam celik pejam celik ..hampir 4 tahun aku abiskan masa di Shah Alam ni..
1 taun tadika 6 taun kat sekolah. rendah 5 taun sekolah menengah , setaun kat matrik....4 taun uitm ...semua sekali..17 taun blaja......huh!!! tempoh yg lama...
tapi apa kite kena remember learning process will not stop till die..

Apa apa pun..aku nk tutup cite version practikal dgan lafaz alhamdullilahh...kerana semuanya OK!!!!

Monday, September 7, 2009

berakhirnya praktikal

firstly..alhamdullilah
praktikal dah abis..3 bulan berlalu sekejap jer.
ermm byk dowh pengalaman yg aku dpt..owang English ckp learn through experience la .

mmg seronok dpt mengaja....

ermm abis je praktikal rasa bosan la plak ..bagi aku mmg heaven la zaman praktikal wALAUPUN kena bagun awal kan...

Sunday, July 26, 2009

Alhamdullilah aku masih bernyawa untuk terus mencoret di blog aku sendiri..
bacaso aku nk tulis ape saja yang aku nk tulis bagi panduan aku sendiri dan sesiapa yang sudi membaca...sapa x nk baca (ada aku kisahh..) ahahah

ermm sekarang ni kiteorg part 7 berada di separuh yang terakhir untuk sesi praktikal..
hati kian berat untuk melepaskan sekolahh....kerana akan rindulah kami dengan ucapan...
SELAMAT PAGI CIKGU.... CIKGU...CIKGU...

ermmm walaupun simple tapi amat bermakna kepada insan yang bernama guru..
but what to do...life must carry on ..usia makin menginjak ..so i have to matured...i have to...
bukan aku je..korg pun sama ja.....

kadang kadang...hidup kita kena ada satu arah dan tujuan agar we still on the trackk..kan..

DAlam dunia perguruan juga sebenarnya penuh dengan politik...its so suprising me...
kita ingat dunia politik sahaja politik..tapi begitu juga degan dunia perguruann

apa yang aku maksudkan...ermm tak perlu aku ulas panjang lebar kerana pandangan yang aku suarakan mungkin agak tidak sesuai untuk aku kongsikan sekarang atau secara umum...
cukup aku katakan...apa yang kita lakukan..ingtlah tuhan ...dan percaya pada hukum karma iaitu
WHAT U GIVE U WILL GET BACKK......

..Wassalam

Friday, July 17, 2009

NIKMAT JD CIKGU

huhuhu..tidak berasa sudah hampir separuh perjalanan aku menjadi cikgu..
dulu aku rasa bebann gile..tapi skang fuishh laen macam rasanya..

Setiap kali nk masuk kelas mmg rasa excited!!!! asyik dok tgk jadual waktu je..(poyo gile)
tapi tu la realitinya.,

sampai nk update blog pun x sempat lahh...

aku ngaja budak form 4 (kedua dua jurusan vocational)....paham paham je la cabaran dier..
tapi kekadang tu yg best tu...

aku dah buat survey ..bile praktikal nanti..sapa yg x mo jd ckgu pun akan switch perasaan depa nk jadi cikgu...

antara cabaran yg aku haddapii adalahh nk cakp keyy elll la..
kekdang naek terkeliat lidah aku ni..tp ape leh buat swallow la..

cikgu ni kire ibarat entetainer la dlm kelas..'kite kena jadi mcm mcm...
kekdang ustad...kekadang prof....kekadang bapak or mak depa...mcm mcm la..
creativity tu sgt diperlukan,,,ni disebabkan kite deal ngan manusia,,bukan machine beb,,'
kalau machine takpa la..set satu acuann....kluar seketui sketuii yg macam kita nk..

ni bdk bkd>>>. kita train jd bulat dia pi jd lonjong,,,itu lahh cabarannya,,
tapi takpa aku janji ngan diri aku akan perbaiki setiap hari ku...

bak satu mutiara kata ..BIASAKAN YANG BETUL..BETULKAN YG BIASA...
MajULAH cikgu dlm pembangunan negara,....

Sunday, June 21, 2009

SEMINGGU DI SEKOLAH

wow....!!! best la sebenarnye jadi cikgu..satisfication die lain macam skit...
fuh...nasib baik la aku dah dpt student yg underastanding..
ermm..tp cabaran dier still ader...dulu aku rasa mcm gelap jer dunia bile tahu dpt coz education namun kini semuanya sudah berubahh..ranting ranting kering sudah bertunass..dan hanya menunggu bunga utk bercambah,,,perghh puitis la plak..kan.

ermmm ape yg dpt di kon klu sinyer disinii adalahh...kerja yg aku buat skang niee seriiess bebb kerja yg agak murni la...feel nya bagai bermainan doh tanah liat..kite boleh bentuk tu bulat atau leper..semuanya ditgn kita..the power of the nation in teavher hand...of course la tuhan yg tentukan..kan..
ok la...running out of time...update g nanti

Thursday, June 11, 2009

KALAU DAH TAKDIR...

ermm this month aku jadi mcm sentimental skit...
byk lak nk buat luahan rasa...
WaLAUpun..aku dapat student the best among the worse but...itu lah cabaran actuaally...

Ermm..as a good teacher aku kena BUKTIkan yang aku lehh bantu diaorg atleastt jadi the very best of the worse kan...

alahh yg best tu pun bukan betul betul best kan....PROPA JER..hahah

Erm minggu depan ni kami sume akan menghadapi cabaran dgn Serentak...
HUKUM KARMA akan berlaku seadilnya.....

TERIMA jer la ngan hATi dan pANKreas yg terbuka...CITe pasal pankreass...takziah utk keluarga shukri hashimmm( alah pelakon tu la..)

APa APA pun....apa apa cite minggu depan aku update lagi...
ehh [pada kawan kawan yg ade cite pasal praktikal cite arrr!!!!

Monday, June 8, 2009

EDISI PRAKTIKAL..

.FUH..setelah 3 tahun lebey aku tunggu..masanya dah sampai....
kini aku sudehh bergelar sebagai guru sandaran.....ermm..disinilahh hukum karma akan terjadi..
arghhh....dup dup dup....ketaqq dowh....

ARi isnin atau semalam aku ngan beberapa yang lain pegi register kt Pen Kanan..how to said a....
kire best la gakk pengalaman lapor diri sebagai pekerja kan...erm....tapi...aku kena ajar sek teknik...(yg budak vocational nya ramai..) erm just imagine la..how nanti kan...

abihh jer lapor diri kiteorg pegi buat finger flex...yerla apa barang gune punch card lagi kan..
ADVANCE la gak sekolah yang aku dpaat...n satu berita baikk kiteorg ada possibility untuk dapat asrama...HARAP HARAP LA..abihh jimat kot...dpt tak dpat nanti aku akan update lagi k...

ermm...okla..nanti la aku tulis lagi...

Tuesday, May 19, 2009

GELOJOHHH LA ....


· Makan Dengan Perlahan


Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanan sebenarnya perkara yang baik.

tapi slalunya kita akan kata org tu lembapp...mcm siput...la...


Menurut kajian,bukan menurut tukang urut... salah satu sebab mengapa orang Perancis kurang mengalami masalah obesiti daripada orang Amerika ialah kerana mereka mengambil masa mengunyah makanan sebelum menelannya...bagai mana pulak ngan org malaysia...

erm...aku dah discover something through this article k.

Sunday, May 17, 2009

bersinnn..jgn di tahan tahan

Jangan Tahan Bersin


Kepantasan udara yang dilepaskan ketika bersin boleh mencapai 160 km/jam. Demikian menurut Dr. Mark Leyner dan Dr. Billy Goldberg dalam buku yang bertajuk Why Do Men Have Nipples? Hundreds of Questions You’d Only Ask A Doctor After Your Third Martini.
Perbuatan menahan bersin ini boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, hilang pendengaran, wajah bengkak sementara dan keretakan tulang rawan hidung. Oleh itu, jangan ditahan jika anda terasa ingin bersin.

BATOKK ADA HIKMAHNYA...



Seorang doktor di Poland mendakwa tindakan pesakit jantung melepaskan batuk sekuat mungkin apabila mengalai serangan penyakit itu boleh menyelamatkan nyawa mereka. Ini kerana perbuatan itu boleh mengepam darah pada seluruh badan dan otak pada saat-saat genting sementara menunggu ketibaan ambulan. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh tertentu membolehkan pesakit terus berada di dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

Tuesday, May 12, 2009

bagus untuk otakk



Tahukan anda bahawa buah-buahan seumpama bahan bakar bagi otak? Pengambilan buah-buahan yang kerap ternyata dapat memberikan impak positif kepada otak anda.
Ini kerana setiap buah-buahan mengandungi lebih dari satu jenis vitamin yang baik untuk membantu mempertingkatkan kecerdasan otak.


Otak akan lebih pantas bekerja terutamanya dalam mencari kembali maklumat atau memori lama yang diperlukan. Oleh itu, kanak-kanak yang ingin menduduki peperiksaan digalakkan mengambil buah-buahan dalam jumlah yang banyak dan kerap.

Monday, May 11, 2009

REHAT!!!


Okeyla sempena cuti mid sem ni...ada benda yg korg leh buat bagi merawat kulit yg kusam..aichehh


Jangan Lupa Istirahat

Tidur merupakan kaedah paling mudah merawat kulit. Ini kerana kulit berkeupayaan bertindak balas dengan vitamin secara langsung tanpa gangguan sebagaimana ketika anda sedang bekerja. Itulah sebabnya anda disarankan untuk membersihkan sisa-sisa solekan, sapukan sedikit penyegar dan disudahi dengan pemakaian krim malam pada muka dan losyen badan sebelum anda masuk tidur bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

Tidur sangat bagus untuk kesihatan kulit seseorang. Menurut Patricia Wexler MD yang merupakan seorang pembantu profesor di Albert Einstein College of Medicine New York, beliau menyatakan bahawa kulit seseorang akan kelihatan lebih cerah jika mempunyai istirahat yang cukup. Pada dasarnya, kulit tidak pernah beristirahat namun tahukah anada bahawa sel-sel kulit akan mula mengolah vitamin dan membuang racun yang ada dalam tubuh ketika anda tidur?


okey jOM tiDURRR...EHHEHEH

PETUA..(BAWANG PUTIH)


oKEy la..asyk kasi cite cite lawak jer..why not skang aku mula berkongsi info yg lebih useful ekk

Walaupun most of us mcm x suke bawang putih but u have to know that bende ni kire bagus gak for u health...meh baca meh......


Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin B1 dan vitamin C di samping beberapa jenis enzim.



  • Ia berpotensi bagi mencegah dan mengubati kanser. Penelitian juga menunjukkan bahawa kesan bawang putih terhadap enzim metabolisma bertindak sebagai antioksida dan pencegah tumor.

  • Bawang putih membantu menurunkan kadar lemak darah, mengurangi risiko sakit jantung, menurunkan hipertensi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membaiki sistem pencernaan.


SO cube cube la masukkan bawang putih dalam masakan anda...